Terbitan sukuk M’sia melonjak 50.5%

Terbitan sukuk M’sia melonjak 50.5%

KUALA LUMPUR, 29 April – Terbitan sukuk Malaysia melonjak 50.5 peratus kepada RM22.8 bilion dalam tempoh dua bulan pertama 2016, berbanding RM15.1 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015, kata RAM Ratings.

Ini merupakan sumbangan ketara kepada angka terbitan sukuk global, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga tebitan sukuk utama global pada Februari 2016, kesemuanya berasaskan Malaysia, ialah – Danga Capital Bhd (AS$2.3 bilion), International Islamic Liquidity Management (IILM) (AS$1.3 bilion), dan Government of Malaysia (AS$1.1 bilion).

“Sejumlah AS$8.9 bilion sukuk global diterbitkan pada bulan yang sama, menjadikan terbitan setakat ini tahun ini (YTD) kepada AS$12.3 bilion pada akhir Februari 2016,” katanya.

Dalam tebitan terkini Sukuk Snapshot, yang disediakan untuk rujukan pantas data dan trend sukuk, RAM berkata sejumlah RM14.4 bilion sukuk domestik diterbitkan pada Februari, menjadikan nilai terbitan YTD sebanyak RM22.8 bilion.

Ketua Kewangan Islam RAM, Ruslena Ramli, berkata: “Malaysia mengekalkan kedudukannya, dengan 53.9 peratus jumlah sukuk dunia.” – Bernama