Terbuka British milik Zach Johnson

Terbuka British milik Zach Johnson

UNITED KINGDOM, 21 Julai – Pemain golf Amerika Syarikat (AS) Zach Johnson meraih gelaran kedua Major sepanjang kariernya apabila menjuarai Terbuka British, awal pagi tadi.

Johnson, 39 yang juga juara Masters pada 2007 menewaskan pemain Australia, Marc Leishman dan bintang golf Afrika Selatan, Louis Oosthuizen pada penentuan play-off empat lubang.

“Ia kedengaran cantik. Ia masih berbunyi seperti tidak benar. Nadanya amat merendah diri. Saya merasa bersyukur dan berbangga untuk menjadi sebahagian daripada sejarah permainan ini,” kata Johnson.

Jordan Spieth, pemain yang disebut-sebut mampu meraih tiga gelaran Major berturut-turut dalam pada itu gagal melakukannya apabila terlepas satu pukulan untuk menyertai play-off.

Zach Johnson ketika menjulang piala kejohanan golf Terbuka British. - AFP
Zach Johnson ketika menjulang piala kejohanan golf Terbuka British. – AFP

Johnson, Oosthuizen dan Leishman kesemuanya menamatkan permainan dengan catatan 15 bawah par 273 selepas Johnson dan Leishman melakukan 66 dan Oosthuizen, 69 pada pusingan terakhir.

Keputusan memaksa perlawanan play-off dijalankan selepas kali terakhir terpaksa ditentukan menerusi cara sama pada 2009 apabila Stewart Cink menewaskan Tom Watson di Turnberry.

“Untuk mengukir nama saya di atas trofi adalah sesuatu yang nampak tidak benar,” kata Johnson. – AFP