Terbuka Qatar milik Djokovic

Terbuka Qatar milik Djokovic

DOHA, 8 Jan – Novak Djokovic menamatkan rekod 28 kemenangan pemain nombor satu dunia, Andy Murray di Doha semalam untuk merangkul gelaran Terbuka Qatar dalam pertandingan tiga set.

Djokovic bintang dari Serbia mencatatkan kemenangan 6-3, 5-7, 6-4 dalam pertandingan yang berkualiti tinggi itu, padat dengan aksi di antara kedua pemain terbaik dunia yang berlangsung selama hampir tiga jam.

Ia adalah kemenangan ke-25 sepanjang kerjaya Djokovic dan meletakkan petanda awal musim ke atas pesaing hebatnya dari Britain, sebelum pertandingan Terbuka Australia lewat bulan ini.

Menggambarkan Murray sebagai ‘pesaing terbesarnya’, dia berkata kedua pemain ‘mengheret sesama sendiri’ ke had mereka.

“Setiap pertandingan yang kami lakukan adalah satu cabaran besar, anda perlu menerima dan menjangka persaingan yang hebat,” Djokovic memberitahu wartawan.

Novak Djokovic meraikan piala kemenangannya selepas menjuarai Terbuka Qatar kelmarin. - AP
Novak Djokovic meraikan piala kemenangannya selepas menjuarai Terbuka Qatar kelmarin. – AP

“Anda melihat malam ini, bagaimana kami mahukan kemenangan.”

Dia menambah dia mahu menamatkan pertandingan lebih awal.

“Saya mempunyai tiga atau empat mata pada set kedua, dia memusingnya dan saya rasa: Woe! Saya berharap ini bukanlah masa untuk membalas dendam!”

“Dia begitu hampir sepanjang persaingan sehingga ke pukulan terakhir, anda tidak tahu dengan Andy,” tambah Djokovic yang melepaskan mata pada set kedua selepas mematahkan raketnya ketika ketegangan meningkat.

Biarpun berada dalam set ketiga dengan petanda kekecewaan dan keletihan, Djokovic mampu untuk menghindarkan momentum Murray bagi gelaran kedua berturut-turutnya di Qatar dan hadiah pertama bernilai AS$209,665. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA