Terdesak curi mesin basuh

Terdesak curi mesin basuh

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Dis – Kalau sudah terdesak semua benda pun boleh dicuri termasuk mesin basuh yang besar dan berat, seperti yang terjadi ke atas seorang wanita di Simpang 28, Jalan Maulana di sini, baru-baru ini.

Wanita yang enggan namanya disiarkan itu memberitahu, mesin basuhnya yang berusia lebih 10 tahun yang diletakkan di kawasan luar rumah sewa yang didiaminya bersama abang dan ayahnya, telah dibawa lari pada malam Rabu lalu. Menurutnya, ketika kejadian, mereka tiada di rumah dan pintu pagar tidak dikunci.

“Mesin basuh saya itu sudah agak lama, tetapi bukan itu kebimbangan saya, tetapi adalah tentang ketenteraman yang nampaknya sudah terjejas akibat kejadian itu, ke atas diri saya dan keluarga, kerana untuk mengangkat sebuah mesin dipercayai bukan dilakukan berseorangan, dan sudah pasti pencurinya mempunyai kenderaan.

Mesin cuci yang diletakkan di kawasan luar rumah hilang dicuri dalam kejadian itu.
Mesin cuci yang diletakkan di kawasan luar rumah hilang dicuri dalam kejadian itu.

“Saya berharap mereka yang tinggal di kawasan ini akan lebih berhati-hati,” katanya, mengongsikan kisah beliau supaya orang ramai lebih berhati-hati meninggalkan rumah terutama pada musim cuti persekolahan ini.

Beliau menceritakan, pada malam kejadian, dia pulang lewat kerana hujan dan dia tidak mengunci pintu pagar tempat kediamannya itu, mereka hanya menyedari mesin cuci hilang keesokan harinya dan terus melaporkan kejadian kepada polis.

Bagaimanapun pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu.

ARTIKEL YANG SAMA