Terdesak curi tayar kereta

Terdesak curi tayar kereta

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151224_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Gara-gara terdesak untuk mendapatkan wang, seorang lelaki Malaysia yang bertindak mencuri empat biji tayar dari kawasan sebuah rumah di Jalan Kota Batu pada 6 Disember dijatuhi denda $800 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman dalam menjatuhkan hukuman ke atas Rafidy bin Matbaraim telah mempertimbangkan rasa sesal dan pengakuan bersalah tertuduh yang berkata dia harus diberi peluang,

Faktor memburukkan dalam kes ini ialah tertuduh memakai topeng dan melakukan curi pada awal pagi.

Gagal untuk membayar denda akan menyebabkan tertuduh dipenjarakan selama dua bulan.

Tertuduh didakwa mencuri empat biji tayar kereta daripada sebuah rumah di Kampung Dato Gandi kira-kira jam 3:41 pagi.

Fakta kes menyebut, pemilik rumah yang menyedari empat tayar keretanya telah hilang pada jam 8 pagi terus memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki bertopeng berjalan ke arah garaj dan membawa pergi empat tayar tersebut.

Pemilik rumah terus membuat laporan polis dan siasatan membawa kepada tangkapan tertuduh dua hari kemudian.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA