‘Terganggu’ penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo

‘Terganggu’ penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo

THE HAGUE, 8 Sept – Pemantau senjata kimia dunia berkata semalam agak ‘terganggu’ dengan dakwaan penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo selepas berpuluh orang terpaksa dirawat kerana masalah pernafasan di bandar pertempuran utama Syria itu.

“Kami agak terganggu dengan dakwaan terbaru penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, Ahmet Uzumcu

“Dakwaan seperti itu diambil secara serius. Penggunaan senjata kimia oleh sesiapa, di mana saja dan apa juga keadaan tidak dapat diterima,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan.

Lebih 70 orang mengalami sesak nafas Selasa lalu selepas helikopter rejim menggugurkan bom tong di daerah ditawan pemberontak itu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia.

Bom itu menyebabkan penduduk terpaksa mendapat rawatan, kata bahagian pemantau yang berpangkalan di Britain dan menambah kebanyakan yang terjejas adalah orang awam.

Pusat Media Aleppo milik pembangkang berkata dalam Twitter, kejiranan Sukkari menjadi sasaran serangan gas klorin.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman gagal mengesahkan dakwaan itu, namun tiada siapa terbunuh dalam serangan terbabit. – AFP