Terharu dengan semangat Leicester

Terharu dengan semangat Leicester

LEICESTER, United Kingdom, 28 Sept – Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri berkata dia telah melihat tanda-tanda meyakinkan semangat musim lepas pasukannya setelah menang 1-0 ke atas Porto pada Kejohanan Liga Juara-Juara di Stadium King Power.

Kisah dongeng kejayaan Liga Perdana Leicester musim tidak sama seperti musim ini, mereka telah menerima kekalahan teruk musim ini, terkini tewas 4-1 di Manchester United.

Mereka menghasilkan aksi yang lebih baik menentang Porto awal pagi tadi, dengan tandukan Islam Slimani pada minit ke-24 dan aksi di bahagian pertahanan membantu untuk mencatat dua kemenangan berturut-turut di Kumpulan G.

“Saya gembira apabila saya melihat pemain saya bermain seperti malam ini, dengan semangat kami,” ujar Ranieri, di mana pasukannya bermain permainan pertama di tempat sendiri di Liga Juara-Juara dalam sejarah 132 tahun kelab itu.

“Saya mengiktiraf pasukan ini apabila ia bermain bersama sebagai sebuah pasukan. Jika kami bermain sebegini. Saya tidak terkejut.

Ranieri bangga akan semangat pasukannya setelah menang 1-0 ke atas Porto dalam saingan Liga Juara-Juara. – AP
Ranieri bangga akan semangat pasukannya setelah menang 1-0 ke atas Porto dalam saingan Liga Juara-Juara. – AP

“Saya terkejut apabila kami membenarkan tiga bolos dari sepakan sudut pada perlawanan Sabtu (di United). Sangat-sangat terkejut.

“Saya banyak menekankan mengenai sepakan sudut, untuk mengekalkan tanpa bolos.

Para pemain saya begitu menumpukan perhatian; kuat, perhatian dalam setiap situasi. Ia sangat baik buat semua orang selepas kekalahan teruk di Manchester.

“Kami menunjukkan karakter, sikap dan personaliti yang begitu baik. Terutamanya dalam 10 minit terakhir apabila Porto cuba untuk menyamakan kedudukan. Kami begitu tenang, begitu perhatian dan menutup semua ruang.”

Kemenangan Leicester menempatkan mereka dua mata di hadapan FC Copenhagen dalam Kumpulan G menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium King Power pada 18 Oktober.

Namun, perlu berhati-hati, Ranieri berkata ia terlalu awal untuk mula berfikir mengenai 16 pasukan terakhir.

“Saya percaya kami mampu melakukannya,” ujar jurulatih dari Itali itu.

“Sekarang kami perlu terus tenang. Copenhagen menang 4-0 (menentang Club Brugge), begitu tersusun, seri 1-1 di Porto.

“Ia adalah sangat penting buat kami sekarang untuk membersihkan fikiran kami dan kembali dalam saingan Liga Perdana.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA