Terima anugerah AFC

Terima anugerah AFC

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), hari ini berkenan menerima Anugerah Akar Umbi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) secara peribadi pada Majlis Perasmian Persidangan Akar Umbi AFC Pertama yang diadakan di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 3 Mac.

Pengumuman pencapaian NFABD telah dibuat pada akhir November tahun lepas semasa Anugerah Tahunan AFC di Gurgaon, New Delhi, India.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima anugerah daripada Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John.

Duli Yang Teramat Mulia dalam sabdanya memuji kerja keras dan juga atas sumbangan semua yang terlibat untuk mencapai anugerah itu.

pg01_160302_b

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para penerima anugerah lainnya.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para penerima anugerah lainnya.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berharap ExCO baru NFABD akan terus menyumbang ke arah kecemerlangan dalam tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Vietnam, Le Hoai Anh menerima Anugerah Akar Umbi AFC untuk ‘Developing Member Association’ dan Nakayama Masao daripada Persatuan Bolasepak Jepun pula menerima Anugerah Akar Umbi AFC untuk ‘Inspiring Member Association’.