Terima anugerah sarjana

Terima anugerah sarjana

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam majlis penganugerahan ijazah yang telah diadakan di Kongresszentrum, Davos, Switzerland, kelmarin.

Yang Teramat Mulia dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Hult International Business School.

Berangkat hadir ke majlis penganugerahan itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Hult International Business School.
YTM Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Hult International Business School.

ARTIKEL YANG SAMA