Terima apa jua keputusan pilihan raya

Terima apa jua keputusan pilihan raya

YANGON, 8 Nov (Agensi) – Presiden Myanmar berkata, beliau dan kerajaan serta tentera menghormati keputusan pilihan raya negara itu yang dijadualkan hari ini dan dijangka mampu dimenangi parti pimpinan ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi.

Presiden Thein Sein berkata: “Saya tahu ada pihak yang bimbang keputusan pilihan raya tidak dihormati. Namun, saya ingin menegaskan kami akur dengan hasil proses pilihan raya yang bebas serta mengikut demokrasi ini.”

Kenyataannya juga menjadi mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan akan mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil walaupun ada pihak mempertikaikan senarai pengundi yang tidak lengkap dan penindasan terutama terhadap golongan Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai warganegara seterusnya tidak dibenarkan mengundi.

ARTIKEL YANG SAMA