Terima hidayah Islam

Terima hidayah Islam

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 31 Julai – Seorang lelaki dan dua orang wanita telah melafazkan dua kalimah syahadah setelah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka, dalam majlis pengislaman yang berlangsung di Unit Dakwah Daerah Belait di sini, hari ini.

Awang Eddie Eizlan bin Joselzan kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Adi Zakwan Idlin, manakala itu wanita berbangsa Cina, Dayang Jessie Chiew Siew Yin memilih nama Islamnya sebagai Nur Jessie Nadhirah binti Abdullah Chiew dan Dayang Pham Thi Thu Trang, warga Vietnam kini dikenali sebagai Dayang Nursyarhirah binti Abdullah.

Hadir menyaksikan majlis pengislaman ketiga-tiga mereka ialah Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malek bin Haji Abu Bakar.

Saudara-saudara baru merakamkan kenangan bergambar bersama tetamu kehormat Ketua Kampung Pandan B Awang Haji Abdul Malek bin Haji Abu Bakar.
Saudara-saudara baru merakamkan kenangan bergambar bersama tetamu kehormat Ketua Kampung Pandan B Awang Haji Abdul Malek bin Haji Abu Bakar.

ARTIKEL YANG SAMA