Terima kunjungan dari Universiti Thailand

Terima kunjungan dari Universiti Thailand

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Sekolah Rendah Saba Darat, Kampong Ayer, kelmarin, telah menerima lawatan sambil belajar rombongan dari Universiti Rajapruk, Thailand.

Ketibaan rombongan daripada jurusan Sarjana dalam Pengurusan Pendidikan yang diketuai oleh Professor dan Dekan Fakulti Kesenian yang juga merupakan Pengarah bagi program Sarjana Pendidikan di Universiti Rajapruk, Laddawan Petchoj itu telah pun dialu-alukan oleh guru besar sekolah berkenaan, Hajah Azrina binti Haji Yusof beserta pegawai-pegawai pendidikan dan guru-guru sekolah tersebut.

Ahli-ahli rombongan yang melibatkan 30 orang itu telah berada di Negara Brunei Darussalam selama tiga hari.

Lawatan itu bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pengurusan sekolah dan akademik di negara ini di samping sama-sama berkongsi sistem pendidikan di antara kedua-dua negara. Ia juga merupakan lawatan julung-julung kalinya bagi rombongan Universiti Rajapruk ke Brunei.

Rombongan Universti Rajapruk, Thailand bergambar ramai bersama warga Sekolah Rendah Saba Darat, Kampong Ayer.
Rombongan Universti Rajapruk, Thailand bergambar ramai bersama warga Sekolah Rendah Saba Darat, Kampong Ayer.

ARTIKEL YANG SAMA