Terima kunjungan hormat

Terima kunjungan hormat

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kesatuan Republik Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan rombongan kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi rangka lawatan pengenalan selama tiga hari bermula hari ini hingga 4 September 2016.

Dalam lawatan hari ini, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di mana beliau telah dialu-alukan dengan Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Beliau kemudiannya mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Kunjungan Hormat Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kesatuan Republik Myanmar kepada Timbalan Menteri Pertahanan.
Kunjungan Hormat Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kesatuan Republik Myanmar kepada Timbalan Menteri Pertahanan.
Kunjungan Hormat Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersama rombongan kepada Pemerintah ABDB.
Kunjungan Hormat Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersama rombongan kepada Pemerintah ABDB.

Sementara itu, esok Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan isteri akan menghadiri majlis mengadap kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, di Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA