Terima kunjungan hormat

Terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh menerima lawatan rasmi Senator Joelle Garriaud-Maylam dari French Community Abroad di Pejabat Peguam Negara, Bangunan Undang-undang hari ini.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Peguam Negara dan Senator Joelle Garriaud-Maylam bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dari segi perundangan.

Kedua-duanya turut membincangkan isu-isu kepentingan bersama kerajaan melibatkan wanita dan kanak-kanak, khususnya isu penderaan, penyeludupan manusia dan undang-undang yang melindungi mangsa-mangsa ini serta inisiatif menarik pelaburan asing ke negara ini.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menerima lawatan rasmi daripada Senator Joelle Garriaud-Maylam.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menerima lawatan rasmi daripada Senator Joelle Garriaud-Maylam.

ARTIKEL YANG SAMA