Terima kunjungan hormat Duta Besar Laos

Terima kunjungan hormat Duta Besar Laos

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Pemangku Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Laos ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong.

Semasa kunjungan di Bolkiah Garrison itu, kedua-dua belah pihak meluahkan perasaan gembira dengan perkembangan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara, terutamanya dalam pertahanan.

Kedua-duanya juga meluahkan perasaan berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di bawah Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di PDR Laos setakat ini, serta menantikan ADMM yang akan berlangsung minggu depan.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Perkembangan), Awang Abu Sufian bin Haji Ali

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika menerima kunjungan TYT Amphay Kindavong.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz ketika menerima kunjungan TYT Amphay Kindavong.

ARTIKEL YANG SAMA