Terima kunjungan hormat rombongan akrobatik China

Terima kunjungan hormat rombongan akrobatik China

pg09_160307_d

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, semalam, telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan kumpulan akrobatik dari China.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Wilayah JIangsu, Wu Xiaolin. Turut hadir ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan ke arah memperkukuhkan dan mempromosikan pertukaran kebudayaan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Rakyat China sempena sambutan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara ke-25.

Rombongan akrobatik berkenaan telah dijemput oleh Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan persembahan semasa Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Masyarakat Tiong Hwa Negara Brunei Darussalam dan juga merupakan salah satu aktiviti kebudayaan sempena sambutan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China ke-25.

Satu persembahan untuk orang ramai juga akan diadakan di Pusat Kesenian Sekolah Antarabangsa Jerudong pada 8 Mac ini.

ARTIKEL YANG SAMA