Terima kunjungan hormat rombongan Polis Diraja Thailand

Terima kunjungan hormat rombongan Polis Diraja Thailand

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd ​​Al-Islam, baru-baru ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Komander Bahagian Perancangan Personel dan Reka Bentuk, Biro Sumber-Sumber Manusia, Polis Diraja Thailand, Kolonel Polis Preeda Sataworn bersama empat orang pegawai kanan beliau.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), lawatan rombongan Polis Diraja Thailand itu bertujuan untuk menjalankan Kajian Perbandingan Polis Pentadbiran dan Undang-undang di Negara-negara ASEAN untuk Keselamatan Awam.

Ini termasuk penyelidikan mengenai pentadbiran polis dan konteks kepolisan seperti keadaan jenayah, jenayah merentas sempadan, struktur organisasi polis, penguatkuasaan undang-undang polis, sistem keadilan jenayah, penyertaan polis dan orang awam serta kepolisan antarabangsa.

Di samping itu, lawatan kerja juga bertujuan bagi mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak dari segi keselamatan awam dan akademik kepolisan.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika bergambar ramai bersama rombongan Polis Diraja Thailand.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika bergambar ramai bersama rombongan Polis Diraja Thailand.

ARTIKEL YANG SAMA