Terima kunjungan rombongan Pahang

Terima kunjungan rombongan Pahang

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SRYSHHB), hari ini, telah menerima kunjungan daripada rombongan seramai 15 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist RAUB, Pahang, Malaysia.

Rombongan yang diiringi lima guru dan diketuai oleh Zarina @ Lina Ahmad Nojri, dialu-alukan oleh Guru Besar SRYSHHB, Dayang Norbaini binti Haji Abdullah dan guru-guru Tahun 5 serta murid-murid dalam majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Sepanjang lawatan tersebut, rombongan berkenaan mengikuti pelbagai aktiviti di mana pelajar sekolah berkenaan berpeluang mengikuti pembelajaran bersama pelajar Tahun 5 SRYSHHB, manakala guru-guru pula berpeluang mengadakan sesi bual bicara pendidikan di antara kedua-dua buah sekolah.

Di samping itu, beberapa aktiviti menarik berupa pendidikan juga dikendalikan bagi pelajar Sekolah Methodist yang antaranya seperti bengkel seni kreatif dan bengkel penulisan puisi dan drama.

Pembahagian rakan sebaya bagi kedua-dua buah sekolah berkenaan.
Pembahagian rakan sebaya bagi kedua-dua buah sekolah berkenaan.
Antara pelajar Yayasan yang mengalu-alukan kedatangan rombongan dari sekolah Malaysia.
Antara pelajar Yayasan yang mengalu-alukan kedatangan rombongan dari sekolah Malaysia.
Rombongan dari Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist RAUB, Pahang bergambar ramai bersama guru-guru Sekolah Rendah YSHHB.
Rombongan dari Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist RAUB, Pahang bergambar ramai bersama guru-guru Sekolah Rendah YSHHB.

Antara lain objektif lawatan rombongan berkenaan adalah untuk meluaskan pengalaman, meneroka dan mengumpul maklumat berkaitan dengan amalan pendidikan terbaik, inovasi dalam pembelajaran dan aktiviti persembahan potensi murid.

Menerusi lawatan ini, ia diharap dapat memupuk keyakinan diri pelajar semasa membuat persembahan dan berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.

Di akhir lawatan berkenaan, rombongan juga berpeluang menyaksikan persembahan dari kedua buah sekolah bagi memeriahkan lagi lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA