Terima lantikan sebagai Imam

Terima lantikan sebagai Imam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan dan lazimnya umat Islam akan memperbanyakkan amal ibadat dengan mengerjakan sembahyang sunat tarawih berjemaah di masjid-masjid.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Institut Tahfiz), pagi tadi, telah mengadakan majlis Penyampaian Surat Lantikan bagi mengimamkan sembahyang sunat tarawih di kalangan pelajar Institut Tahfiz tahun 1436H/2015M di Masjid Ash-Shaliheen.

Surat pelantikan itu disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Terdahulu sebelum majlis penyerahan berlangsung, para pelajar Institut Tahfiz yang dilantik telah diberikan taklimat oleh Tenaga Pengajar Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Sahri bin Haji Sulaiman dan Tenaga Pengajar Institut Tahfiz, Haji Sujairi bin Haji Dollah.

Haji Abdul Aziz (tengah) menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang penerima.
Haji Abdul Aziz (tengah) menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang penerima.

pg04_150616_b

ARTIKEL YANG SAMA