Terima mengadap bakal haji

Terima mengadap bakal haji

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, telah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal-bakal jemaah haji negara bagi tahun 1436 Hijriah/2015 Masihi yang telah berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada bakal jemaah haji lelaki.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap bakal-bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap bakal-bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah jemaah haji.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah jemaah haji.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap bakal-bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap bakal-bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima menjunjung ziarah para jemaah haji.
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima menjunjung ziarah para jemaah haji.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah jemaah haji.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah jemaah haji.
Para jemaah haji berbaris untuk menjunjung ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Para jemaah haji berbaris untuk menjunjung ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Sementara itu, di ruang berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada bakal-bakal jemaah haji perempuan.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Terdahulu sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah, para bakal haji negara telah menunaikan sembahyang fardu Zohor berjemaah di surau istana.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah berkenan mengurniakan pakaian ihram kepada bakal jemaah haji lelaki dan telekung kepada bakal jemaah haji perempuan.

ARTIKEL YANG SAMA