Terima mengadap Menteri dan veteran tentera Australia

Terima mengadap Menteri dan veteran tentera Australia

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Veteran Australia, Senator Michael Ronaldson yang juga Menteri membantu Perdana Menteri dalam Sambutan 100 tahun Tentera Australia dan new Zealand (ANZC) dan Menteri Khas Negeri.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Senator Michael Ronaldson dan rombongan sedang dalam rangka lawatan ke negara ini sempena memperingati 70 tahun pendaratan Oboe Six di Pantai Muara.

Hadir di majlis mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Todd Mercer; Pengarah Misi, Mejar Jeneral Michael Kelly dan lapan orang veteran tentera Australia.

pg03_150611_b

pg03_150611_a

Turut hadir di majlis mengadap itu ialah Pemangku Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

ARTIKEL YANG SAMA