Terima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kenya

Terima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Kenya

Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, hari ini menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Samori Ang’wa Okwiya di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Tuan Yang Terutama Samori Ang’wa Okwiya berpejabat di Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Oktober 2012.

p01-4_20151021

ARTIKEL YANG SAMA