Terima padah mencuri

Terima padah mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah kerana mencuri dan pecah masuk rumah untuk melakukan curi terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini, menambah hukumannya.

Mohammad Aimaduddin bin Zefry pada Ogos 2016 dihukum penjara selama setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahannya.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell memutuskan untuk menjatuhi dua tahun penjara dan mengekalkan dua sebatan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi hukuman lebih berat ke atasnya. Mohammad Aimaduddin mencuri pemampat udara dari Perumahan BSP, Seria pada 25 Julai 2016, dan pecah masuk rumah di RPN Kampung Pandan ‘A’ dan mencuri televisyen; Sistem Home Theater; komputer riba, router, jam tangan pelbagai jenama dan wang RM100.

Dia juga memecah masuk sebuah rumah di Jalan Maulana dan mencuri komputer riba dan dua pemacu cakera keras, pada 25 Jun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA