Terima pampasan besar selepas dipenjara

Terima pampasan besar selepas dipenjara

BEIJING 29 Dis – Seorang pemuda yang dijatuhi hukuman mati sebanyak tiga kali dan meringkuk di dalam penjara selama 11 tahun atas kesalahan membunuh sebelum dibebaskan mahkamah negara ini, baru-baru ini menerima wang pampasan sebanyak AS$200,000, lapor media hari ini.

Zeng Aiyun, bekas graduan Universiti Xiangtan, tengah wilayah Hunan didakwa pada tahun 2004 atas kesalahan membunuh rakan sekelasnya dan telah dijatuhi hukuman mati.

Tiga keputusan juri sebelum ini ditolak hakim mahkamah selepas Aiyun membuat rayuan, sehinggalah arahan supaya kes berkenaan dibicarakan semula dikeluarkan.

Dua daripada tiga keputusan juri yang dikeluarkan pada tahun 2005 dan 2010 menetapkan Aiyun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

Namun, dalam perbicaraan kali keempat Julai lalu, Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiangtan membebaskan suspek selepas mendapati tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Aiyun berhubung kes terbabit.

Gambar sebuah agensi berita menunjukkan Zeng Aiyun bersama ibunya selepas dibebaskan.
Gambar sebuah agensi berita menunjukkan Zeng Aiyun bersama ibunya selepas dibebaskan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, mahkamah mendapati, pembunuhan dilakukan oleh seorang pelajar yang dikenali sebagai Chen Huazhang. Susulan daripada itu, Aiyun telah dihadiahkan wang pampasan sebanyak AS$200,000.

Bagaimanapun, Aiyun tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diterimanya dan akan membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan yang lebih besar, lapor Beijing Times. 
– Reuters

ARTIKEL YANG SAMA