Terima sumbangan kerusi roda

Terima sumbangan kerusi roda

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, hari ini, telah menerima sumbangan kerusi roda daripada Lotus Light Charity Society.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Sudut Pelangi, aras bawah Hospital PMMPMHAMB, di mana Pengerusi Lotus Light Charity Society, Yeo menyerahkan sumbangan lima buah kerusi roda kepada pentadbir kanan Hospital PMMPMHAMB, selaku wakil ketua pegawai eksekutif, Hospital PMMPMHAMB.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah ketua-ketua bahagian/unit,pegawai- pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan,sumbangan tersebut dihasratkan untuk dapat membantu memudahkan pesakit semasa mendapatkan rawatan di hospital berkenaan di samping menggalakkan muhibah, kesukarelawan dan keinginan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat.

Kementerian Kesihatan, dalam kenyataannya menyatakan, sumbangan seperti ini adalah amat dihargai yang mana sumbangan-sumbangan daripada orang ramai mahupun persatuan-persatuan atau syarikat yang telah sedikit sebanyak membantu dalam usaha meningkatkan pemberian dan penyaluran perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit-pesakit.

Sesi bergambar ramai pada majlis sumbangan kerusi roda daripada ‘Lotus Light Charity Society’ semalam.
Sesi bergambar ramai pada majlis sumbangan kerusi roda daripada ‘Lotus Light Charity Society’ semalam.

ARTIKEL YANG SAMA