Terjebak dadah gara-gara ingin tahu

Terjebak dadah gara-gara ingin tahu

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Disebabkan rasa ingin tahu, seorang lelaki Malaysia dijatuhi denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mengambil dadah terkawal.

Saini bin Karim, 35, didakwa mengambil dadah jenis Methylamphetamine pada 25 Februari 2015.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh sepasukan perisikan dari Unit Biro Kawalan Narkotik di salah sebuah flat di Kampung Sinarubai.

pg06_151224_mahkamah logo2

Pemeriksaan badan yang dijalankan terhadap defendan tidak menemui barang berkaitan dadah namun dia mengaku telah mengambil dadah kerana rasa ingin tahu.

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh dua bulan kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA