Terkejut rumah dipecah masuk

Terkejut rumah dipecah masuk

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 16 Okt – Pasangan suami isteri berusia lingkungan 60an terkejut apabila mendapati kediaman mereka di Kampung Tunggulian, Sungai Liang, di sini, dipecah masuk oleh dua lelaki tidak dikenali, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku antara jam 9 hingga 9:30 pagi, ketika mereka tiada di rumah.

Pasangan tersebut yang enggan dikenali atas alasan keselamatan, ketika ditemui Media Permata memberitahu, ketika kejadian, si suami pergi bekerja manakala si isteri keluar sebentar untuk ke pekan. Anak-anak mereka juga pada ketika itu tiada di rumah.

Menurut si suami, isterinya menghubungi beliau untuk pulang ke rumah apabila mendapati tingkap dan mangga kunci rumah terbuka semasa pulang dari pekan.

Rakaman litar tertutup menunjukkan dua lelaki tidak dikenali di dalam rumah suami isteri berkenaan.
Rakaman litar tertutup menunjukkan dua lelaki tidak dikenali di dalam rumah suami isteri berkenaan.

pg06_151017_b

Sebaik sahaja tiba di rumah, beliau terus memeriksa kamera litar tertutup yang dipasang secara tersembunyi di salah satu bilik dan berjaya merakam gambar video dua orang lelaki dengan muka mereka ditutup menggunakan baju atau kain.

Dua penceroboh itu berada di rumah tersebut tidak lama dan mereka keluar dari rumah itu 10 minit kemudian sebelum isterinya sampai ke rumah.

Menurutnya lagi, ketika memeriksa rumah, beliau mendapati bahawa penceroboh berkenaan telah cuba mematikan kuasa elektrik supaya alat penggera di rumah tidak berbunyi.

Beliau juga mendapati rumah mereka digeledah namun tiada apa-apa yang hilang setakat ini.

Pasangan itu kemudiannya melaporkan kejadian rumah tersebut kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA