Terkejut terima tuah tidak dijangka

Terkejut terima tuah tidak dijangka

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Dayang Hazirah binti Sata menerima kejutan yang indah apabila nombor keretanya disebut dan beliau muncul sebagai pemenang bertuah hadiah utama bagi kempen promosi Nissan Crazy Shopping, sekali gus membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah Hua Ho bernilai $6,000.

Cabutan hadiah utama bagi promosi pada majlis yang berlangsung di Gedung membeli-belah Hua Ho, Manggis Mall, hari ini, dilakukan oleh Pengurus Operasi Kanan Boustead Sdn Bhd, Tan Teck Hock di mana beliau bersama-sama Pengurus Gedung Membeli-belah Hua Ho, Lau Soon Tiong menyampaikan hadiah kepada Dayang Hazirah.

Dayang Hazirah dalam temu bual ringkas bersama Media Permata melahirkan perasaan terkejut apabila nombor kereta, nama dan tiket bertuahnya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama promosi itu.

Beliau amat gembira dengan kemenangan itu dan menyatakan penghargaan kepada pihak Boustead Sdn Bhd dengan mengadakan kempen promosi yang hebat itu.

Terdahulu itu, enam orang pelanggan bertuah dalam promosi itu yang nama mereka terpilih dalam cabutan bertuah pertama, berpeluang menyertai Cabaran Shopping Dash di mana mereka diberikan masa lapan minit untuk mengambil mana-mana barang yang terdapat di pasar raya itu untuk dimasukkan ke dalam troli membeli-belah mereka.

Dayang Hazirah menerima hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $6,000 yang disampaikan oleh Tan Teck Hock dan Lau Soon Tiong.
Dayang Hazirah menerima hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $6,000 yang disampaikan oleh Tan Teck Hock dan Lau Soon Tiong.
Para peserta memasukkan barangan mereka ke dalam troli dalam acara Cabaran Shopping Dash.
Para peserta memasukkan barangan mereka ke dalam troli dalam acara Cabaran Shopping Dash.

Di akhir tempoh itu, barang-barang yang dimasukkan ke dalam troli itu akan dibayar oleh pihak Boustead Sdn Bhd dan para pemenang bertuah perlu memasukkan semua barangan berkenaan ke dalam ruang simpanan Nissan Almera.

Enam orang pelanggan Boustead Sdn Bhd yang bertuah dalam cabutan yang dilakukan oleh Pengurus Jualan Nissan, Issac Kooh ialah Dayang Rokiah binti Haji Mohd Yusof, Awang Madan bin Serudin, Dayangku Nurul Hafizah binti Pengiran Haji Yusof, Awang Ahmad Redza Al-Fahmie bin Awang Abdul Kahar, Dayang Syazwani binti Awang Yusof dan Cheong Poh Wah.

Pengurus Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Alvin Kho pada majlis berkenan menyatakan penghargaan kepada semua pelanggan mereka atas kehadiran mereka dalam sama-sama menjayakan acara itu.

Beliau juga menyatakan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan Hua Ho dalam sama-sama memastikan acara itu berjalan dengan lancar.

Alvin berkata lagi, kempen itu merupakan salah satu tanda penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan berterusan mereka terhadap Nissan dan berjanji lebih banyak kempen yang menguntungkan akan diadakan di masa akan datang.

Acara itu dianjurkan oleh Boustead Sdn Bhd di mana ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pemilik baru jenama-jenama kenderaan Nissan iaitu Nissan Almera, Nissan Juke dan Nissan Pulsar sepanjang tempoh promosi yang bermula dari 1 Disember 2015 hingga 31 Mac 2016 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA