Terlalu awal ramal risiko negatif kemenangan Trump ke atas ekonomi M’sia

Terlalu awal ramal risiko negatif kemenangan Trump ke atas ekonomi M’sia

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Masih terlalu awal untuk meramalkan kemungkinan risiko negatif ke atas ekonomi Malaysia susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan yang bank pusat telah siap bersedia untuk menghadapi sebarang risiko.

“Kita perlu sentiasa berdaya tahan untuk menyerap sebarang kejutan luaran. Sebagai sebuah ekonomi, kita sentiasa menyokong perjanjian perdagangan dan proses globalisasi.

“Kita telah mempersiapkan industri kita dan rakyat untuk berdepan semua perubahan daripada peningkatan globalisasi,” katanya semasa ditanya apakah yang akan menjadi risiko negatif kepada Malaysia susulan kemenangan Trump itu.

Muhammad berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini, di sini, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA