‘Terlalu cantik’ sebab dicabul

‘Terlalu cantik’ sebab dicabul

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Seorang duda memberitahu mahkamah majistret di sini hari ini beliau mencabul seorang pelajar perempuan kerana dia terlalu cantik.

Sebelum menjatuhkan hukuman atas tuduhan mencabul, Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan bertanya kepada tertuduh mengapa dia memegang mangsa, tertuduh menjawab dalam Bahasa Mandarin, “Gadis itu terlalu cantik”.

Duda seorang anak itu dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mencabul pelajar itu, ketika duda itu menjaga isterinya yang koma di sebuah hospital. Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Loon Cheng, 53, seorang tukang cat dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Jun lepas.

ARTIKEL YANG SAMA