Terlepas daripada pertuduhan

Terlepas daripada pertuduhan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, membebaskan seorang lelaki tempatan daripada pertuduhan penyeludupan manusia.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menggugurkan dakwaan ke atas Muhammad Zulfadilah bin Harun, 28, yang sebelum ini berdepan tuduhan membantu rakan sejenayahnya untuk menyeludup keluar dua orang lelaki warga Bangladesh dari Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 12 Mei 2015.

Tindakan mereka itu, bagaimanapun, telah dikesan oleh pegawai kastam yang bertugas apabila pemeriksaan mendapati dua orang lelaki Bangladesh bersembunyi di ruang letak kaki tempat duduk penumpang belakang dan di belakang tempat duduk penumpang belakang.

Rakan sejenayahnya, Ali Rahman bin Haji Daud, 46, sudah pun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan, dan turut dikenakan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada 12 September 2015.

 

ARTIKEL YANG SAMA