Terlepas hukuman penjara

Terlepas hukuman penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Seorang lelaki warga India terlepas daripada menjalani hukuman penjara selama empat bulan selepas membayar denda $1,100 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini.

Thavasimany Ganeshamoorthy, 46, mengaku bersalah memiliki 10 botol dan 12 tin minuman keras, dan 10 paket serta satu karton rokok pada 28 Mac 2016.

pg06_160401_mahkamah logo2

Dia melakukan kesalahan itu di Pos Kawalan Kuala Lurah ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pemeriksa kastam yang menemui minuman keras dan rokok yang tidak diisytiharkan di beberapa bahagian kereta.

Defendan mengaku membeli kesemua barang itu di Limbang pada harga $133.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah, cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk membawa masuk minuman keras ke negara ini ialah $41 manakala untuk rokok-rokok tersebut ialah $100.

ARTIKEL YANG SAMA