Terlepas menjadi penghuni penjara

Terlepas menjadi penghuni penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Seorang lelaki India terlepas daripada hukuman penjara selama dua bulan selepas membayar denda $2,300 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok yang tidak dikenakan cukai.

Jaheer Ali, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman atas dakwaan memiliki dua karton dan 41 paket rokok di kedai jahit di Kampung Lumapas pada 28 Disember 2015 kira-kira jam 12:30 tengah hari.

pg06_160106_mahkamah logo2

Pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam membuat pemeriksaan di kedai jahit tersebut berhubung dengan adanya maklumat mengenai penjualan rokok kepada orang ramai.

Pemeriksaan menemui rokok-rokok disimpan di bilik tidur defendan di kedai jahit berkenaan di mana dia mengaku rokok-rokok itu pemberian daripada rakannya.

Cukai yang seharusnya dibayar bagi rokok itu ialah $289.

ARTIKEL YANG SAMA