Terlepas menjadi penghuni penjara

Terlepas menjadi penghuni penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Seorang lelaki Filipina terlepas daripada meringkuk dalam penjara selama tiga bulan selepas dia membayar denda $3,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Ferdinand Mendiola Mercado, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin atas dakwaan memiliki sembilan karton rokok dalam but keretanya pada 5 Disember 2015.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh polis tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di kawasan Berakas Kem dan diarahkan untuk membuka but keretanya.

Defendan mengaku kesemua rokok itu miliknya yang dibelinya daripada seorang lelaki cina bernama Gochu pada harga $20 untuk satu karton.

Pegawai Pendakwa Kastam memberitahu mahkamah, eksais duti yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk rokok-rokok yang dimilikinya itu ialah $450.

Majistret Kanan mengarahkan kesemua rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA