Terminal feri Melintang sesak dipenuhi warga Indonesia

Terminal feri Melintang sesak dipenuhi warga Indonesia

BAGAN DATOH, 8 Sept – Dianggarkan lebih 1,000 perantau warga Indonesia pulang ke kampung halaman masing-masing sejak awal minggu ini, bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, dengan menggunakan Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di sini.

Pemangku Ketua Pegawai Keselamatan Terminal berkenaan, Zairul Nizam Hashim berkata pihaknya menjangkakan terminal itu akan sesak Sabtu ini, dengan

kehadiran warga Indonesia pulang ke kampung halaman menaiki feri dan turun di Jeti Tanjung Balai Asahan, Sumatera.

“Lazimnya mereka pulang pada saat akhir. Malah, Sabtu ini merupakan hari terakhir kita beroperasi dan terminal itu akan kembali beroperasi beberapa hari selepas Aidiladha.

Antara perantau warga Indonesia yang menaiki feri untuk pulang ke Medan sempena cuti Hari Raya Haji di Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang kelmarin.
Dianggarkan lebih 1,000 perantau warga Indonesia kembali ke kampung halaman sejak awal minggu ini bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, dengan menggunakan perkhidmatan feri ini.  – Bernama
Antara perantau warga Indonesia yang menaiki feri untuk pulang ke Medan sempena cuti Hari Raya Haji di Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang kelmarin.
Dianggarkan lebih 1,000 perantau warga Indonesia kembali ke kampung halaman sejak awal minggu ini bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, dengan menggunakan perkhidmatan feri ini.
– Bernama

“Pada hari ini, hampir 200 penumpang berdaftar untuk pulang,” katanya kepada Bernama di terminal feri itu, hari ini.

Terminal itu beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bagi perjalanan ke Jeti Tanjung Balai Asahan, manakala Isnin, Rabu dan Jumaat adalah bagi feri penumpang masuk ke Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang.

Namun, katanya penumpang di terminal feri itu menjelang perayaan Aidiladha tidaklah terlalu sesak sepertimana Hari Raya Aidilfitri sehingga memaksa pihak terminal menyediakan dua perjalanan feri yang boleh membawa 600 penumpang dalam satu hari. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA