Ternakan lebah Cypriot satukan dua bangsa

Ternakan lebah Cypriot satukan dua bangsa

AGILLAR – WALAUPUN baka lebah Caucasian menjadi pilihan popular di kalangan penternak lebah yang mengusahakan pelbagai pengeluaran produk madu namun bagi dua orang penternak lebah di Cyprus iaitu Soteris Antoniou dan Kutret Balci tetap memilih untuk menternak spesies lebah Cypriot .

Ia adalah berikutan daripada kesesuaian faktor cuaca dan suhu musim panas di Cyprus yang mana ia tidak sesuai untuk menjadi habitat kepada spesies lebah Caucasian.

Berdasarkan fikiran optimis yang dimiliki oleh dua individu dari bangsa yang berbeza iaitu Greek dan Turki jelas menjadi faktor utama pada kejayaan dalam mengusahakan ternakan lebah dari baka Cyprus sehingga berjaya meraih bantuan dana sebanyak AS$11,025 hanya daripada Stelios Haji-Ioannou, pengasas syarikat penerbangan jet di Cyprus.

Setakat ini, Antoniou dan Balci menjelaskan bahawa hasil ternakan lebah yang mereka usahakan telah berjaya meraih keuntungan yang cukup menggalakkan.

Malah kawasan pembiakan sarang lebah Cypiot itu juga telah diperluaskan agar memberi lebih banyak ruang kepada lebah tersebut untuk membiak sekaligus meningkatkan jumlah pengeluaran madu.

Soteris Antoniou mengusahakan sebanyak 250 sarang lebah dan berjaya menghasilkan lebih daripada enam  tan madu lebah secara purata setiap tahun.
Soteris Antoniou mengusahakan sebanyak 250 sarang lebah dan berjaya menghasilkan lebih daripada enam tan madu lebah secara purata setiap tahun.

“Spesies lebah Cypriot adalah yang terbaik di Cyprus,” jelas Metin, sepupu kepada Balci yang turut membantu dalam mengusahakan perniagaan tersebut.

Hubungan persahabatan di antara Antoniou dan Balci mula bertambah erat hingga menjadi rakan perniagaan sejak tahun 2003 iaitu pada tempoh sekatan di antara Greek dan Turki telah dibubarkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pada dasarnya, Antononiou telah mula belajar teknik pembiakan dan pemprosesan lebah pada tahun 1061 daripada datuk Balci, Mustakan yang telah mula mengusahakan perniagaan madu lebah pada tahun 1918.

Malah nama ‘Balci’ itu sendiri merujuk kepada maksud penternak lebah dalam Bahasa Turki. Bagaimanapun sejak konflik berlaku di antara puak Greek dan Cyprus telah membuatkan Antoniou bersama keluarganya terpaksa berhijrah namun takdir telah menemukan mereka kembali untuk terus mengusahakan perniagaan madu lebah Cypriot ini.

Berbekalkan 750 sarang lebah, Kutret Balci berjaya menghasilkan 25 tan madu secara purata dalam setahun yang bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan malah juga dieksport ke Britain yang turut mendapat permintaan tinggi terhadap madu lebah Cypriot.

Bagaimanapun, fenomena kemarau yang berlaku baru-baru ini sedikit sebanyak mengancam kadar pengeluaran madu lebah pada tahun ini pada purata satu per tiga berbanding pada tahun lalu.

Spesies lebah Cypriot yang tidak terancam dengan kepanasan cahaya matahari.
Spesies lebah Cypriot yang tidak terancam dengan kepanasan cahaya matahari.
Madu lebah Cypriot juga turut mendapat permintaan tinggi di Britain.
Madu lebah Cypriot juga turut mendapat permintaan tinggi di Britain.

Manakala, Antoniou pula mengusahakan sebanyak 250 sarang lebah dan berjaya menghasilkan lebih daripada enam tan madu lebah secara purata setiap tahun namun hanya memasarkannya di pasaran tempatan.

Justeru, dua sahabat itu telah membuat keputusan untuk bergabung bagi meningkatkan jumlah penghasilan sekaligus mengembangmajukan perniagaan mereka.

Walaupun cuaca di Cyprus agak panas namun spesies lebah Cypriot tidak seperti lebah lain yang sangat memerlukan jumlah pendedahan yang banyak pada sinar matahari bagi membantu dalam pengeluaran aroma sekaligus membantu meningkatkan jumlah pengeluaran madu.

“Sinar terik dan kepanasan cahaya matahari secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan jumlah pengeluaran madu lebah Cypriot,” jelas Antoniou.

Antoniou dan Balci berharap perniagaan madu lebah yang mereka usahakan akan terus kekal maju di samping turut berharap agar hubungan di antara Greek dan Turki akan terus bertambah baik. – AP

ARTIKEL YANG SAMA