Teroka dunia baru dengan membaca

Teroka dunia baru dengan membaca

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Membaca buku boleh membuka minda para pelajar untuk meneroka dunia baru dan memberikan mereka kefahaman mengenai pelbagai cerita-cerita menarik serta juga pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri mengadakan Sambutan Hari Buku Sedunia hari ini sebagai usaha untuk menanamkan minat suka membaca dan meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajarnya.

Hadir selaku tetamu khas ialah pegawai dari CfBT, Jean Kiekopf. Pengetua sekolah berkenaan Dayangku Hajah Norhasima binti Pengiran Haji Hassan dalam ucapannya berkata, membaca boleh meningkatkan kemahiran bahasa kita dan juga mampu memperbaiki keupayaan untuk mengeja dan penguasaan tatabahasa kita serta juga membantu imaginasi kita untuk berkembang.

“Dengan membawa sebuah buku, kita mampu untuk pergi ke mana sahaja di dunia,” katanya sambil berharap para pelajar akan dapat memupuk minat dan cinta membaca serta mempelajari pelbagai perkara yang baru dengan membaca.

Seorang pelajar menjawab soalan kuiz bagi menyerikan lagi Sambutan Hari Buku Sedunia di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri kelmarin. – Gambar oleh Sim Y.H.
Seorang pelajar menjawab soalan kuiz bagi menyerikan lagi Sambutan Hari Buku Sedunia di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri kelmarin. – Gambar oleh Sim Y.H.
Salah seorang guru menggayakan satu watak dalam buku yang diminati dengan harapan untuk menggalakkan pelajar membaca.
Salah seorang guru menggayakan satu watak dalam buku yang diminati dengan harapan untuk menggalakkan pelajar membaca.
Pelajar-pelajar yang menghadiri majlis itu.
Pelajar-pelajar yang menghadiri majlis itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Diana Shim pula berkata, jabatannya telah menganjurkan Hari Buku Sedunia di sekolah berkenaan selama tiga tahun berturut-turut dengan hasrat untuk menanamkan minat suka membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, pelbagai acara menarik diatur untuk menyerikan acara sambutan termasuk persembahan sketsa drama, kuiz dan penyampaian hadiah kepada pelajar yang banyak meminjam dan membaca buku.

Semasa acara itu juga, para guru dari Jabatan Bahasa Inggeris sekolah berkenaan memakai pelbagai kostum watak-watak buku yang terkenal untuk menggalakkan para pelajar menerokai dan mengenali watak-watak itu dengan membaca buku.

ARTIKEL YANG SAMA