Terokai Bukit Batu Bujang Pahang

Terokai Bukit Batu Bujang Pahang

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Rombongan seramai 31 orang ahli Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) berserta beberapa ahli keluarga, kelmarin, telah mengadakan ekspedisi mendaki Bukit Batu Bujang Pahang sebagai salah satu aktiviti beriadah dikendalikan oleh BKPYSHHB.

Menurut kenyataan BKPYSHHB, Bukit Batu Bujang Pahang dipilih bagi ekspedisi mendaki bukit sebagai permulaan 2016 kerana tempat itu mempunyai tarikannya yang tersendiri dan kebanyakan peserta belum pernah menjejak kaki ke Pulau Berambang di mana terletaknya bukit berkenaan.

Rombongan telah diketuai oleh Yang Di-Pertua BKPYSHHB, Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu.

Sebelum memulakan pendakian pada waktu pagi, taklimat telah pun disampaikan oleh Yang Di-Pertua yang turut membaca doa selamat.

Sepanjang pendakian, rombongan telah dapat menyaksikan beberapa kawasan peninggalan lama yang menjadi iringan kisah-kisah legenda kampung di sana.

Gambar ramai rombongan di hadapan papan tanda menuju ke Bukit Batu Bujang Pahang.
Gambar ramai rombongan di hadapan papan tanda menuju ke Bukit Batu Bujang Pahang.
Antara yang menyertai pendakian, kelmarin. - Gambar oleh Badan Kebajikan Pekerja YSHHB
Antara yang menyertai pendakian, kelmarin. – Gambar oleh Badan Kebajikan Pekerja YSHHB

Rombongan berkesempatan melawat Lubang Arang Batu, Batu Berpangkat, Telaga Puteri dan Gua Kelawar yang ada di sepanjang laluan.

Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan sepanjang ekspedisi dan seterusnya memuat naik ke laman Instagram melalui #hikingbkp.

Menurut kenyataan itu lagi, gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Instagram BKPYSHHB akan dipilih untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh badan kebajikan berkenaan dan akan diumumkan kemudian bagi menggalakkan lebih ramai ahli untuk menyertai aktiviti serupa ini pada masa akan datang.

BKPYSHHB berharap aktiviti ekspedisi mendaki ini akan diadakan pada setiap bulan di tempat-tempat yang berlainan di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA