Terokai hala tuju potensi kerjaya

Terokai hala tuju potensi kerjaya

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Unit Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) dengan kerjasama Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Program Hala Tuju bagi pelajar Tahun 11 dan Tahun 10x yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini.

Program yang memberi tumpuan kepada pilihan kerjaya dan rancangan untuk masa depan selepas Peperiksaan Peringkat GCE ‘O’ dari segi pasaran kerja Brunei itu melibatkan beberapa buah agensi seperti Politeknik Brunei, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Brunei Maritime Academy (BMA), Allied Health Science Profession (AHSP) Kementerian Kesihatan, Institut Teknologi Kejuruteraan (IET), Pergigian Kementerian Kesihatan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), LiveWIRE dan Kejururawatan Kementerian Kesihatan.

Program diisikan dengan sesi ceramah yang antara lain menumpukan kepada keperluan akademik dan kesihatan serta proses temu duga bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga agensi yang terlibat dalam acara tersebut.

Sebahagian daripada penuntut STPRI yang menghadiri sesi ceramah tersebut.
Sebahagian daripada penuntut STPRI yang menghadiri sesi ceramah tersebut.
Wakil LiveWIRE menyampaikan ceramahnya pada program tersebut.
Wakil LiveWIRE menyampaikan ceramahnya pada program tersebut.
Pelajar-pelajar STPRI tidak melepaskan peluang berkomunikasi dengan agensi yang menyertai program berkenaan.
Pelajar-pelajar STPRI tidak melepaskan peluang berkomunikasi dengan agensi yang menyertai program berkenaan.

Turut diadakan ialah pameran kerjaya daripada beberapa buah agensi kerajaan dan swasta yang bertujuan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi bersama mereka dalam membantu memilih bidang kerjaya yang diminati.

Antara lain objektif program yang berlangsung sehingga 20 April 2016 ini juga adalah untuk mengumpul pelajar Tahun 11 dan memperkenalkan mereka kepada pelbagai pilihan kerjaya, seterusnya memberi peluang untuk meneroka laluan kerjaya yang berpotensi selepas menamatkan Peringkat ‘O’ mereka.

Selain itu, ia memberi peluang pelajar untuk membina hubungan kerja dan mendapatkan nasihat daripada agensi-agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini.

ARTIKEL YANG SAMA