Terokai khazanah China hanya dari hujung jari

BEIJING – Pihak pengurusan Muzium Palace China telah memperuntukkan masa selama tiga tahun untuk menyempurnakan sistem digital sekali gus menjadikannya sebagai muzium pertama di dunia yang memaparkan keseluruhan koleksi secara online.

Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan seperti pendidikan awam, persembahan kebudayaan, lawatan di alam maya, hiburan, pertukaran akademik dan e-dagang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, muzium itu telah melancarkan sembilan aplikasi sekali gus berjaya mendapat pujian daripada media dan aplikasi yang dikeluarkan oleh Muzium Palace juga dipuji kerana dikatakan memiliki kualiti yang terbaik.

Dengan aplikasi Night Revels Han Xizai, para pengguna dialu-alukan untuk meneroka keindahan lukisan China yang turut mencerminkan kegemilangan era lima dinasti.

Aplikasi tersebut juga turut menawarkan penjelasan mendalam mengenai sejarah lukisan, watak utama dan kemahiran artistik yang dimiliki oleh para pelukis.

Kurator Muzium Palace, Shan Jixiang menjelaskan bahawa kemudahan aplikasi lawatan di alam maya memudahkan para pengguna di seluruh dunia.
Kurator Muzium Palace, Shan Jixiang menjelaskan bahawa kemudahan aplikasi lawatan di alam maya memudahkan para pengguna di seluruh dunia.
Antara koleksi khazanah yang dipamerkan di Muzium Palace.
Antara koleksi khazanah yang dipamerkan di Muzium Palace.

Selain itu, seni persembahan tarian dan muzik tradisi China juga turut ditampilkan dalam aplikasi itu sekaligus memberikan peluang kepada para pengguna untuk mengambil peluang untuk menghargai nilai seni yang cukup istimewa itu.

Sementara aplikasi Emperor Qing Wardrobe pula memberikan peluang kepada para pengguna untuk memahami perbezaan antara pakaian empayar Dinasti Qing (1644-1911AD) dengan apa yang ditampilkan dalam kebanyakan kostum di dalam siri drama popular.

Malah para pengguna juga berpeluang untuk mempelajari mengenai fungsi, penggunaan ritual dan makna simbolik di sebalik gaun dan aksesori ahli kerabat diraja itu.

Manakala aplikasi Palace Museum Exhibitiions pula membenarkan para pengguna untuk meneroka sejarah awal muzium dan juga pameran terkini hanya melalui telefon para pengguna masing-masing.

Muzium Palace juga turut merancang untuk meluangkan masa lagi selama tiga tahun bagi melengkapi aplikasi muzium bersama dengan sistem keselamatan dan kemampuan untuk berinteraksi bersama dengan para pengguna.

Dengan teknologi baru dan peralatan yang canggih, muzium itu telah membangunkan sebuah muzium digital yang terdiri daripada projek-projek asal sehingga meneroka jauh ke dalam data koleksi dan seni bina purba.

Salah satu contoh adalah Peta Digital Muzium di mana ia mengandungi informasi mengenai 1,200 bangunan dan 9,371 biliknya.

Melalui pelbagai kemajuan aplikasi yang diperkenalkan membuatkan penerokaan Muzium Palace menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan hanya melalui telefon pintar.
Melalui pelbagai kemajuan aplikasi yang diperkenalkan membuatkan penerokaan Muzium Palace menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan hanya melalui telefon pintar.
Muzium Palace merupakan salah sebuah muzium di China yang menyimpan begitu banyak khazanah budaya dan sejarah  negara itu.
Muzium Palace merupakan salah sebuah muzium di China yang menyimpan begitu banyak khazanah budaya dan sejarah negara itu.

Satu lagi projek ialah Kaligrafi Digital di mana para pengguna mempunyai peluang berlatih untuk menulisnya selepas menyaksikan 7.500 koleksi kaligrafi yang ditampilkan dalam muzium tersebut. Malah dalam setiap latihan yang dilakukan oleh para pengguna, komen juga turut diberikan sama ada kaligrafi yang dihasilkan itu adalah baik atau sebaliknya.

Melalui Digital Handscroll pula memberikan peluang kepada para pengguna untuk melihat sendiri lukisan dalam bentuk scroll yang dipamerkan malah para pengguna juga dapat melihatnya secara lebih dekat lagi bagi melakukan penilaian secara lebih teliti dan terperinci.

Program Perbendaharaan Digital pula menawarkan pelbagai pilihan warisan kebudayaan China yang megah dalam model 3D kepada para pengguna.

Melalui kemudahan teknologi alam maya ini juga turut memberikan peluang kepada para pengguna untuk melihat secara sekilas pandang beberapa kawasan di dalam Muzium Palace itu yang belum dibukakan bagi kunjungan orang awam seperti Dewan Harmoni Agung dan Sanxitang yang merupakan sebuah bilik yang menempatkan tiga khazanah istimewa China.

Bagaimanapun terdapat beberapa ruang yang tersembunyi di atas siling atau di bawah jubin bumbung yang masih berada dalam tahap terkawal.

Muzium Palace bertekad untuk terus menaik tarafkan sistemnya seiring dengan era digital sekali gus memberikan akses yang mudah kepada pengguna di seluruh dunia untuk mendekati sendiri khazanah budaya China. – Xinhua