Terowong bawah Istana Ksiaz dibuka kepada pelancong

Terowong bawah Istana Ksiaz dibuka kepada pelancong

BERLIN, 28 Dis – Terowong dibina oleh Nazi di bawah Istana Ksiaz di Silesia, Poland akan dibuka kepada para pelancong, menurut pejabat pelancongan Poland.

Istana itu, sebuah barok yang dikubui batu panjang, terletak kira-kira 70km dari Wroclaw.

Sehingga kini terowong itu telah digunakan oleh Institut Geofizik dari Akademi Sains Poland (IGF) sebagai tapak mengukur gempa bumi, namun legendanya yang menarik minat ramai di seluruh dunia tentang kereta api emas Nazi bawah tanah di Poland telah menjadikan para pelancong untuk meneroka terowong Nazi yang terkenal itu.

Sistem terowong berkeluasan kira-kira 3,200 meter persegi itu akan dapat diakses sebagai laluan pelancong pada tahun depan. Terowong itu terletak antara 15 hingga 50 meter di bawah istana. Satu pameran tentang asal terowong itu juga sedang dalam rancangan. – dpa