Terowong diletup ragut 38 nyawa pasukan rejim

Terowong diletup ragut 38 nyawa pasukan rejim

BEIRUT, 22 Julai – Hampir 40 askar Syria dan pejuang prorejim terbunuh apabila pemberontak meletupkan terowong di bawah kedudukan kerajaan di bandar Aleppo, menurut pemantau hari ini.

Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria yang berpangkalan di Britain berkata 38 anggota dari pasukan kerajaan terbunuh dalam letupan pada Khamis, yang meruntuhkan sebuah bangunan yang digunakan rejim di Bandar Lama Aleppo.

Pemantau pada awalnya melaporkan 14 korban jiwa.

Budak lelaki Syria menunggu untuk diberi rawatan di sebuah hospital sementara berikutan serangan dan bedilan di bandar barat laut Idlib yang ditawan pemberontak pada lewat 21 Julai. Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan melaporkan 23 orang terbunuh dalam serangan di wilayah Idlib sementara 38 anggota pasukan kerajaan maut di sebuah bangunan yang diletupka di Aleppo. – AFP

Video yang disiarkan dalam talian oleh kumpulan pemberontak Thuwwar al-Sham bermaksud untuk menunjukkan insiden itu, dengan anggota pasukan itu berjalan menerusi terowong panjang dan menyiapkan setong penuh bahan letupan.

“Kami sekarang berada di dalam terowong yang akan diletupkan tidak lama lagi, terowong itu di bawah bangunan cawangan trafik, yang merupakan ibu pejabat penting bagi rejim dan askar upahan Assad,” menurut pemberontak dalam video berkenaan.

Rakaman itu kemudian menunjukkan letupan bangunan bertingkat, yang dirakamkan dari pelbagai sudut. – AFP