Terowong terpanjang dunia dibuka

Terowong terpanjang dunia dibuka

GENEVA, 1 Jun – Dengan mengambil masa 17 tahun dan kos 12.2 bilion Swiss francs (kira-kira $ 12 bilion), Switzerland akhirnya bersedia untuk merasmikan terowong kereta api terbesar di dunia.

Terowong kereta api terpanjang dunia itu dibuka secara rasmi hari ini, hampir tujuh dekad selepas reka bentuk awal dihasilkan.

Terowong Gotthard Base Jepun sepanjang 53.8 kilometer merupakan terowong paling panjang dan paling dalam – 2.3 kilometer (1.4 batu) – daripada mana-mana terowong kereta api lain.

Terowong Gotthard Base sepanjang 57 kilometer yang terletak di bawah Alps dari Erstfeld di tengah wilayah Uri, ke Badio di wilayah selatan. Reka bentuk asal terowong yang menerusi Laluan Gotthard pada mulanya dilukis jurutera Switzerland, Carl Eduard Gruner, pada 1947.

Presiden Swiss Johann Schneider-Ammann (kanan) berjabat tangan dengan Canselor Jerman Angela Merkel pada hari pembukaan terowong kereta api Gotthard, terowong kereta api terpanjang di dunia, di Rynaecht, Erstfeld, Switzerland, semalam. – AFP
Presiden Swiss Johann Schneider-Ammann (kanan) berjabat tangan dengan Canselor Jerman Angela Merkel pada hari pembukaan terowong kereta api Gotthard, terowong kereta api terpanjang di dunia, di Rynaecht, Erstfeld, Switzerland, semalam. – AFP

Namun kerenah birokrat menyebabkan ia lewat, bimbang mengenai kos dan halangan lain menangguhkan permulaan pembinaan hingga 1999.

Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Francois Hollande dan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi, bersama-sama pegawai Switzerland dijangka berada dalam kereta api bagi perjalanan pertama.

Apabila perkhidmatan sepenuhnya dibuka Disember ini, terowong itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Zurich ke Milan kepada dua jam 40 minit, kurang sejam daripada tempoh perjalanan ketika ini.

Pembinaannya juga bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan, mengurangkan kesesakan jalan dan menarik kargo dari pencemaran daripada lori-lori antara jalan utara dan selatan Eropah. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA