Terpaksa berhutang demi selamatkan nyawa anak

Terpaksa berhutang demi selamatkan nyawa anak

SIDON – Amena al-Helou, berusia sembilan bulan, menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital selatan Syria untuk menyelamatkan nyawanya.

Dia seorang daripada berpuluh orang pelarian yang dirawat setiap tahun oleh seorang pakar bedah jantung padiatrik, Issam al-Rassi, yang mengasingkan sehari dalam seminggu untuk melaksanakan pembedahan ke atas para pelarian Syria dan Palestin.

Tetapi atas semua usahanya, termasuk kadangkala mengetepi bayaran, kerja Rassi berdepan dengan realiti bahawa sebahagian besar pelarian tidak mampu rawatan seperti yang diterima oleh Amena.

“Saya telah kehilangan anak-anak damit sementara bapa mereka mencari bantuan untuk mendapatkan wang,” katanya ketika berada di pejabatnya di Hospital Hammoud, Sidon.

“Saya ada menerima seorang anak damit yang perlu dibedah dalam masa enam bulan, namun dia terpaksa dibedah pada bulan kesembilan kerana si bapa memerlukan tiga bulan untuk mendapatkan wang.”

Pakar bedah pediatrik, Issam al-Rassi (kiri) memegang tangan Amena sebelum pembedahan Amena dibuat. – AFP
Pakar bedah pediatrik, Issam al-Rassi (kiri) memegang tangan Amena sebelum pembedahan Amena dibuat. – AFP
Ahmed Hassoun memegang anak lelakinya, Ali, sebelum menjalani pembedahan di Hospiptal Hammoud. – AFP
Ahmed Hassoun memegang anak lelakinya, Ali, sebelum menjalani pembedahan di Hospiptal Hammoud. – AFP

Jadi, meskipun lahir tanpa ventrikel sebelah kanan, Amena boleh dikatakan bernasih baik, kerana ibu bapa mereka berjaya mendapatkan pinjaman untuk membayar rawatannya.

Jumlah wang yang banyak

Di luar bilik bedah, ibu bapa Amena, Khalil dan Amira al-Helou menunggu dengan penuh kerisauan untuk mendengar nasib anak bongsu daripada enam orang anak mereka.

Mereka telah menjadi pelarian di Lubnan sejak mereka melarikan diri daripada Syria pada tahun 2013, Khalil, 39, yang bergantung pada kerja pertanian bermusim berusaha untuk mendapatkan wang secukupnya untuk makanan.

Hospital Hammoud menawarkan diskaun kepada para pelarian, dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membayarkan 75 peratus daripada pembedahan, tetapi selebihnya, hampir AS$2,000, jauh daripada kemampuan keluarga Amena.

“Saya mengumpulkan wang daripada ramai orang, abang saya, sepupu saya dan juga saudara mara yang lain,” kata Khalil.

“Apa yang sukar nanti adalah untuk membayar semula wang mereka. Saya tidak tahu bagaimana kami akan melakukannya.”

Khalil berkata bahawa beliau telah menemui beberapa buah badan amal di Lubnan untuk mendapatkan bantuan tetapi diberitahu bahawa mereka tidak membantu warga Syria.

Lebih daripada sejuta warga Syria telah memohon perlindungan di Lubnan sejak peperangan bermula pada bulan Mac 2011, menguji sumber-sumber negara itu yang sememangnya terhad dan kesabaran penduduknya seramai empat juta orang itu.

PBB berkata bahawa ia kekurangan dana itu untuk memberikan respons terhadap krisis itu, bermakna para pelarian yang bergelut untuk mendapatkan makanan terpaksa membayar ribuan dolar pembedahan.

Seorang jururawat menjaga Ali yang berusia 18 bulan. – AFP
Seorang jururawat menjaga Ali yang berusia 18 bulan. – AFP
Amena al-Helou, berusia sembilan bulan, ketika ditemui di atas katil Hospital Hammoud. – AFP
Amena al-Helou, berusia sembilan bulan, ketika ditemui di atas katil Hospital Hammoud. – AFP

Situasi itu mencetuskan kemarahan Rassi.

“Kita tidak boleh meminta seorang bapa yang tinggal di dalam khemah untuk membayar AS$3,000, ia satu jumlah wang yang sangat banyak,” katanya.

“Bagi individu kelas pertengahan Lubnan, ia adalah tiga bulan gaji.”

Satu tragedi

Selepas pembedahan Amena berjaya, Rassi dengan segera beralih kepada Ali, anak damit yang barusia 18 bulan, sukar bernafas dan matanya tenggelam disebabkan wajahnya yang membengkak.

Seperti Amena, dia juga kekurangan ventrikel, tetapi prosedurnya telah ditangguhkan selama tiga bulan.

“Pembedahan ini sepatutnya dilakukan lebih awal, kami lewat melakukannya kerana kami terpaksa mengumpul yang secukupnya,” kata Ahmed Hassoun, 29, bapa Ali.

Sementara Ahmed mengumpulkan wang daripada saudara mara, Ali telah mengalami jangkitan di dada, melambatkan lagi pembedahan.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) berkata pada tahun ini ia memerlukan AS$134 juta bagi penjagaan hospital untuk pelarian Syria di Lubnan, tetapi hanya menerima jaminan AS$36 juta.

Pegawai kesihatan awam kanan UNHCR, Michael Woodman, yang juga seorang doktor, berkata ia adalah jumlah wang yang banyak tetapi jauh lebih kurang berdasarkan keperluan.

“Kami memerlukan komitmen yang lebih besar. hakikatnya 30 peratus pembiayaan bagi penjagaan kecemasan sangat mengejutkan,” katanya.

Setakat ini PBB hanya dapat membayarkan 50 peratus daripada keperluan kesihatan pelarian Syria di Lubnan, menurutnya.

“Ia sangat sukar, ia satu tragedi. Tidak ada sesiapa yang mahu berada dalam catuan penjagaan kesihatan ini, kita tidak sepatutnya.”

Setakat ini, ibu bapa Amena memberikan tumpuan pada pemulihannya, ibunya menangis di sisi anak perempuannya di wad rawatan rapi, tenang dan bernafas melalui tiub.

“Setentunya saya rasa takut. Tetapi kami tidak ada pilihan lain,” kata Khalil. – AFP