Terpaksa meringkuk 12 bulan dipenjara

Terpaksa meringkuk 12 bulan dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Seorang lelaki tempatan terpaksa meringkuk di penjara selama 12 bulan, bermula hari ini, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan pada Disember 2015.

Eddy Shahlan bin Salleh, 31, dari Jalan Kuala Lurah, Limau Manis dijatuhi denda $24,000 atas dakwaan memiliki 68 karton rokok di Kampung Junjungan sekitar jam 8:15 malam pada 13 Disember 2015.

Terdahulu, Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan Eddy Shahlan untuk membayar secara ansuran iaitu $2,000 setiap bulan namun defendan memberitahu mahkamah, yang dia tidak mampu untuk membayar ansuran sejumlah itu.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh anggota RU ‘C’ Polis Diraja Brunei yang membuat operasi di kawasan tersebut, dan menemui rokok-rokok itu dalam simpanan defendan.

pg06_160217_mahkamah logo

Defendan kemudian dibawa ke Balai Polis Limau Manis untuk siasatan lanjut sebelum kesnya dipindahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah bahawa duti eksais yang sepatutnya dibayar oleh defendan untuk rokok-rokok yang dimiliki ialah $3,360.

Majistret Kanan turut memerintahkan rokok-rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA