Terputus dari...

Terputus dari sumber air utama

PBB, 16 Feb – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Syria berkata bahawa anggaran 1.8 juta orang di Aleppo, kekal terputus dari sumber utama air mereka untuk lebih daripada sebulan disebabkan kegagalan teknikal di stesen air Al Khafse, seorang jurucakap PBB memberitahu para pemberita.

Pihak berkuasa bahagian air setempat meneruskan dengan usaha-usaha untuk mengakses dan memperbaiki infrastruktur air dan berupaya untuk mengadakan lawatan ke Al-Khafse baru-baru ini, seorang timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata pada satu taklimat berita harian di sini.

“Para penduduk ketika ini menerima bekalan air terhad melalui rangkaian-rangkaian pengagihan lain,” katanya. “Pihak berkuasa air bertanggungjawab akan perkhidmatan air telaga buat hampir satu juta orang, sementara PBB menyediakan bahan api, trak air dan pengagihan bahan-bahan penyucian air, memasang tangki-tangki dan pemulihan telaga tambahan dalam kota.”

“Pihak PBB terus meminta kesemua parti dalam konflik Syria, untuk memastikan pasukan-pasukan teknikal mempunyai akses tanpa had dan selamat terhadap infrastruktur air dalam usaha untuk secara cepat memulihkan penyediaan terhadap penduduk awam,” kata Haq.

Anggaran 1.8 juta orang di Aleppo kekal terputus dari sumber utama air mereka menurut Pejabat PBB OCHA. - AFP
Anggaran 1.8 juta orang di Aleppo kekal terputus dari sumber utama air mereka menurut Pejabat PBB OCHA. – AFP

“PBB juga mengingatkan kesemua parti terhadap konflik itu dalam tanggungjawab mereka untuk melindungi orang awam dan infrastruktur mereka, seperti yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia,” tambahnya.

Tentera Syria merampas kawalan penuhnya ke atas semua bandar di Aleppo sejak Disember lepas, bersedia bagi operasi-operasi tentera selanjutnya di wilayah Aleppo untuk mengusir militan-militan. Ribuan penduduk telah kehilangan tempat tinggal disebabkan peperangan intensif berkenaan.

Setakat ini, konflik kronik Syra telah mengorbankan lebih daripada 300,000 orang dan hampir 11 juta orang kehilangan tempat tinggal. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA