Terry berbesar hati beraksi untuk Chelsea

Terry berbesar hati beraksi untuk Chelsea

LONDON, 2 Jun (Reuters) – Kapten pasukan Chelsea, John Terry memikirkan untuk bersara dari bola sepak antarabangsa tiga tahun lalu membantu mengekalkan kecergasannya pada satu peringkat di mana dia mampu untuk beraksi pada setiap minit bagi kejayaan kelab London dalam musim liga Inggeris.

Hanya empat pemain, tiga daripada mereka penjaga gol, sebelumnya beraksi dalam setiap perlawanan kempen yang memenangi Liga Perdana sebelum Terry beraksi dalam persaingan ke-38 Chelsea dan perlawanan akhir musim ini menentang Sunderland hujung minggu lalu.

“Saya berasa gembira untuk beraksi setiap minit,” pemain yang berusia 34 tahun itu memberitahu wartawan di Sydney hari ini.

“Pada usia saya, kebolehan bermain biasanya akan menurun, jadi saya amat berbesar hati kerana dapat di semua perlawanan.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Pengurus dan kakitangan layak menerima pujian dengan cara latihan yang mereka berikan.

John Terry (kanan) sewaktu mengadakan latihan bersama kelab Chelsea bersama rakannya Diego Costa(kiri). – AFP
John Terry (kanan) sewaktu mengadakan latihan bersama kelab Chelsea bersama rakannya Diego Costa(kiri). – AFP

“(Tidak beraksi) dalam perlawanan antarabangsa, saya berasa saya mendapatkan manfaat rehat beberapa hari.

“Jadi pengurus dan kakitangan layak menerima banyak pujian dan begitu juga saya, jelas, untuk terus cergas dan mengekalkan rentak saya dan kekal bersama pasukan.’

Terry bersara dari bola sepak antarabangsa pada 2012 selepas Persekutuan Bola Sepak menggantungnya empat perlawanan apabila dia didakwa melakukan ulasan perkauaman (racist) kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.

Dia dibebaskan dari dakwaan itu dari mahkamah London.

“Saya berharap ia akan terus bagi beberapa tahun lagi,” katanya.

“Saya berharap untuk menamatkan kerjaya saya di Chelsea. Saya berharap saya boleh melakukannya di bawah pengurus dan masih boleh beraksi.”

Chelsea menentang Sydney FC dalam perlawanan persahabatan selepas musim, esok.