Terry kekal bersama Chelsea

Terry kekal bersama Chelsea

LONDON, 15 Julai – John Terry kekal sebagai kapten Chelsea pada musim depan, kata pengurus, Antonio Conte hari ini ketika sidang media pertamanya sejak menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Terry, 35 menandatangani kontrak lanjutan setahun di Stamford Bridge untuk mengakhiri spekulasi dia akan meninggalkan kelab berpangkalan di London itu selepas melakukan lebih 700 penampilan.

Dia kekal menjadi pemain paling disayangi peminat kelab itu. “John Terry adalah kapten pasukan.

Dia adalah pemain yang hebat dengan personaliti dan karisma. Dia mengetahui kelab ini. Kami mengambil keputusan ini bersama-sama dengan kelab dan saya gembira yang John menandatanganinya,” kata Conte.

Antonio Conte berkata dia berharap Chelsea yang berada di bawah kendaliannya akan bersemangat bagi perebutan gelaran Liga Perdana musim ini.

John Terry kekal sebagai kapten Chelsea pada musim depan dan akan menandatangani kontrak lanjutan setahun di Stamford Bridge. – AFP
John Terry kekal sebagai kapten Chelsea pada musim depan dan akan menandatangani kontrak lanjutan setahun di Stamford Bridge. – AFP

Jurulatih itu, 46 yang membimbing Itali sehingga suku akhir Euro 2016 yang menyaksikan hanya tewas menerusi sepakan penentuan penalti kepada juara dunia, Jerman berkata Chelsea mungkin bukan berada dalam senarai tertinggi semua orang untuk memberikan cabaran terhadap gelaran selepas hanya menamatkan tangga ke-10 dalam mempertahankan gelaran mereka musim lalu.

“Kami dipandang rendah sedikit, dan mungkin terlepas dari pandangan, tetapi saya berharap terdapat sedikit percikan api di sini yang boleh diharapkan untuk berkembang menjadi api besar”, kata Conte pada satu majlis pendedahannya pada media di Stamford Bridge semalam.

Jurulatih dari Itali itu yang menolak peluang untuk mengikuti jejak mantannya “Special One” Jose Mourinho dan memberikan dirinya nama samaran berkata saiz kelab Chelsea tidak seha-rusnya berada di sekitar pertengahan kedudukan.

“Apabila anda seorang pemain, seorang pemain bola sepak atau pengurus sebuah kelab hebat seperti Chelsea, anda perlu beraksi untuk menang,’ kata Conte, yang juga mendapatkan peluang untuk mengesahkan ikon Chelsea, John Terry akan menjadi kapten kelab tersebut. – AFP