Terry masih ada peluang – Hiddink

Terry masih ada peluang – Hiddink

COBHAM (UNITED KINGDOM), 3 Feb – Pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink percaya masih ada peluang John Terry kekal di Stamford Bridge walaupun sebelum ini mengumumkan untuk meninggalkan kelab itu.

Terry, 35, berkata dia akan tinggalkan Chelsea selepas berakhir musim ini selepas kemenangan Piala FA di Milton Keynes Dons Ahad lalu, walaupun mengakui lebih suka mengakhiri kariernya di kelab itu.

Kelab itu mengatakan Terry yang sudah tampil 696 kali dalam tempoh 21 tahun, berkemungkinan tidak ditawarkan perjanjian baharu dan perkara itu turut diakui Hiddink.

“Ia dikatakan oleh John dan dia berpeluang untuk mengubah fikirannya, ia adalah benar, kontraknya berakhir pada penghujung musim ini,” kata Hiddink.

“Tetapi pada masa sama, kelab masih mahu perbincangan dilakukan dan masih membuka peluang buatnya. Ia adalah sedikit mengejutkan tetapi dia berhak melakukannya.

Terry ketika menatap peminat ketika dalam perlawanan yang lalu. Pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink percaya John Terry masih ada peluang untuk kekal di Stamford Bridge walaupun sebelum ini mengumumkan untuk meninggalkan kelab itu. - Reuters
Terry ketika menatap peminat ketika dalam perlawanan yang lalu. Pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink percaya John Terry masih ada peluang untuk kekal di Stamford Bridge walaupun sebelum ini mengumumkan untuk meninggalkan kelab itu. – Reuters

“Tidak ada keputusan tertentu dilakukan lagi. Anda perlu melihat apa yang akan berlaku termasuk perubahan pengurus juga. Itu saja yang boleh saya katakan tentang ini.

“ Terry menjelaskan dia tidak mahu menyertai kelab Liga Perdana lain dan dikatakan menerima tawaran bermain di China, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA