Terry Merah, Chelsea Mara

Terry Merah, Chelsea Mara

LONDON, 9 Jan – Pendahulu Liga Perdana, Chelsea menyaksikan kapten mereka, John Terry dibuang padang ketika mereka mara ke pusingan keempat Piala FA dengan kemenangan 4-1 ke atas Peterborough United kelmarin.

Terry, diberikan permulaan yang jarang, menyaksikan kad merah atas faul pertahanan terakhir ke atas Lee Angol di Stamford Bridge, tetapi Chelsea mara hasil dua jaringan Pedro Rodriguez dan satu gol masing-masing oleh Michy Batshuayo dan Willian.

“Anda perlu menghormati keputusan pengadil, tetapi dalam kes ini, mungkin kami akan mengemukakan rayuan bagi situasi ini,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte mengenai kad merah Terry.

“Situasinya begitu jelas dan saya fikir John tidak sewajarnya dilayangkan kad merah.”

Dia menambah: “Kini apa yang penting adalah meneruskan perjuangan, kerana kami perlu bermain separuh masa kedua musim ini, Piala FA. Kami mempunyai banyak komitmen.”

Kapten Chelsea, John Terry menanduk bola sambil diasak oleh Michael Bostwick dalam aksi pusingan ketiga Piala FA antara Chelsea dan Peterborough United di Stamford Bridge. – AP
Kapten Chelsea, John Terry menanduk bola sambil diasak oleh Michael Bostwick dalam aksi pusingan ketiga Piala FA antara Chelsea dan Peterborough United di Stamford Bridge. – AP

Conte membuat sembilan perubahan kepada pasukannya, dengan Terry diberikan permulaan awal sejak Oktober dan pemain pertahanan tengah Perancis, Zouma membuat kemunculan pertamanya sejak Februari tahun lepas berikutan kecederaan serius pada lututnya.

Kemenangan berturut-turut Chelsea berakhir pada minggu lepas oleh Tottenham dan mereka berada dalam bahaya di awal perlawanan, dengan Angol dan Ryan Tafazolo nyaris memberikan pendahuluan bagi Peterborough.

Tetapi Pedro memberikan tuan rumah pendahuluan di minit ke-18, dan sebelum separuh masa pertama berakhir, Batshuayi menjadikan jaringan 2-0 bagi Chelsea.

Willian menjadikan kedudukan Chelsea selesa apabila menjaringkan gol ketiga Chelsea tidak lama selepas separuh masa kedua disambung.

Terry dilayangkan kad merah di minit ke-67 kerana menghalang harapan Peterborough melalui Angol. Meskipun Tim Nichols berjaya mengurangkan defisit gol tiga minit kemudian, Pedro berhasil menjaringkan gol keduanya bagi memastikan kemaraan Chelsea. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA